merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.
di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
......................
----->>>>di sudut yg lain: 10 HARI LAGI NAK RAYA
"lagi sepuluh hari je nak raya ni bang...ape pun tak cari lagi ni....."
"ingat mlm ni nak cari tudung, kasut, songkok, bla..bla..bla.... ..."
esoknya...
"semalam lupa nak beli bla..bla..bla... jom kiter g mlm ni bang."
esoknya....
"mlm ni jom kiter g uptown... nak tengok kot2 ada apa yg menarik.. barang si ____ pun tak jumpa hari tu"
esoknya....
"kat jusco, tesco, giant, econsave, 7eleven, petronas ..bla..bla..bla... sekarang ada sale sampai 70% ...jom kiter g jom.... sementara murah ni"
esoknya..
"jom kiter ajak mak ngan abah buka puasa kat luar..sampai dah nak raya kita tak bawak dorang buka kat luar pun....kesian pulak....pastu bawak la dorang ni jln2 cari barang sekali"
esoknya lagi..
"jom kiter g bla..bla..bla... saje jln2 tengok org shopping.. "
dan esoknya.... esoknya....esoknya....
sampaila malammmmmm rayaaaaaaaaa....
........................
nota kaki: pandai2 la bahagikan masa.....
aku: tengok diri sendiri , senyum dan geleng kepala.. sempat lagi ni!!
2 comments:
ahaks.... sama ai juak.....
anon: hehheeh
Post a Comment