Pages

Tuesday, January 17, 2012

kesah Tahun Baru...

sumber: google image

lama betul blog aku ni besawang...
entry kali ni...
entry yang penuh dgn ringkasan sahaja
malas nak bercerita panjang2...

( 1 )

bila masuk tahun baru..
penuh org kat pej. pos...
masing-masing update ASB..
wah kelas kau jah!! banyak dividen dapat...
masing2 ada urusan masing-masing

(2)
aku ....
roadtax kete mati bulan disember...
sengaja nak idupkan bulan januari..
dengan harapan dapatla..
payung ke..
pen ke...
tuala ke...
penyudahnya.. hampeh...
yg dapat cuma
roadtax je le..

(3)
paking kete depan mydin...
tunggu member update buku ASB plak
kete plak bateri kong..
minta tolong abg teksi...
'jumper' kete...
bagi abg teksi RM10.00
abg teksi taknak..
bila cakap buat minum2..
abg teksi amik plak...

(4)
org ramai dah berpusu-pusu bayar cukai
cukai tanah...
cukai pintu...
maka akan bermulalah ke'pening' an kami dikaunter...
maka bermula lah menjadi pendengar yg setia...
"saya dah beli rumah lama tapi tak dpt bil"
- kategori org yg bbertanggungjawab
"selama ni tak terima bil.. tau-tau bil dah beribu-ribu"
- kategori bersenang-senang dahulu bersusah2 kemudian...
"saya dpt bil tapi bukan nama saya"
- kategori ambil berat
"saya nak jual rumah ni, saya tak pernah dpt bil, tiba-tiba bila saya semak cukai tanah, kena bayar semua, mana saya mampu bayar semua, ada denda la ape lagi...ape ni u all tak buat kerja ke.. ni la org kerajaan"
- kategori  kaung hajau!! modal ciput tapi nak untung juta-juta, senang citer .. dah tau kan cukai tanah mmg kena byr setiap tahun...

kesimpulan di sini..
1.
jika anda tak dapat bil cukai tanah setiap tahun, tolong dtg pej. daerah dan semak.... jgn seronok-seronok je cakap anda tak dikenakan cukai, sory bro!.. takde ape yg free dlm dunia ni.. kecuali klu korang tak de rumah... atau duduk rumah kebajikan...

2.
bila anda berpindah ke mana-mana, tolong inform kat pejabat tanah, jgn salahkan kami pulak kalau anda tak dpt bil, kami mana la tau korang ni berpindah-randah ke mana... mmg dunia dah canggih..  kami takde sistem yg melekat kat punggung hang pa yg leh tau hang pa sumer p mana.....

3.
kami pekerja dikaunter tidak minat nak berpolitik.. so tak yah la salahkan wakil rakyat itu  la.. ini la... kami cuma KERJA... masalah cukai je datang sini.. masalah lain.. kami susah nak layan

4.
kalau anda berkata, "ni pejabat tanah, takkan tak hantar ke tanah saya... mesti la pejabat tanah tau!!!"...
jawapan saya "klu awak ada 50 tanah, yg terdiri drpd pokok sawit 10 ekar, sawah padi 120ekar, pokok kelapa ber-ekar-ekar..... pokok yg mana satu agaknya saya nak letakkan bil???, agak-agak kebun awak tu ada letak peti surat tak????"

5.
klu anda tanya kenapa kena bayar cukai tanah, ini jawapannya...
"klu tanah anda diceroboh dek pendatang asing, tetiba bangun tdo tengok dah ada orng cacak tiang belakang jamban rumah anda... kemana anda nak mengadu??? siapakah yg dpt membantu anda??.. siapa yang jaga rekod geran tanah anda??..sape yg ukur tanah anda???... klu ada selain dr pejabat daerah yg boleh tolong.. so tak yah bayar cukai. bayar je kat org tu...."

entry saya sedikit tegas disini.. kerana setiap kali soalan2 diajukan dikaunter dengan tidak menggunakan tatabahasa yang betul dan intonasi kuang hajau.. itulah jawapan senang saya bagi mereka-mereka...

so kepada sesiapa yang terbaca entry ni.. sila ingatkan saudara mara anda, bayar cukai tanah dan jgn MENGELAK dari membayar apa-apa cukai di malaysia ini... kerana ianya akan mendatang kesan yang menusuk kalbu~ hawau nye ayat....

manusia mempunyai hati yang lembut seperti strawberi...
jika dijaga dgn baik.. ia akan menjadi manis dan cantik dipandang....
juga sedap ditelan....

Sunday, January 8, 2012

sakit mak, nak!!!




Dah seminggu rasa sakit... 

Akhirnya dah x sanggup rasa sakit... 
Terfikir yg terbaik.. 
Drpd sakit lama, lebih baik sakit sekejap.... 
Jumpa doktor.. Suruh je cabut... 
Rupa-rupanya... 
MAKIN SAKIT.... 

Aduhai gigi bongsu.. 
Terseksa sungguh  batinku... 

Jam 4.00 pg, gg masih berdenyut2... 

Nota kaki: apabila gg bongsu di cabut dgn paksaan, 
kesakitan semasa dan selepas itu sgt dasyat dirasakan.. 

*gmbr xde kena mengena dgn n3..