Pages

Monday, February 27, 2012

Senin..

entry hari ni bukan nak citer pasal pakcik Senin..
Bukan nak Citer Pasal bapak Kawan aku pun...
arwah dah pun... alfatihah utk arwah...
ni pasal senin lagi satu...

biasa hari ni aku akan dijangkiti penyakit Monday Fever...
tapi pepagi bute tadi.. disamping renyai2 nya deraian hujan diluar rumah
dengan cuaca yg sangat2 sejuk ku gagahkan jua kaki ku ini ..

mengambil sebijik baldi  yg diikat di belakang rumah...
sambil menggosok mata yang tak berapa boleh nak dibuka...
sesekali terdengar ayam berkokok dihujung kampung...
baldi yg diikat dicampak ke dalam perigi...
sambil menyedok air ... berus gigi digigit... ubat gigi dipicit... digosok ke pipi...

sahhh.. mmg mamai... celik2 mata... rupa2 dah ada dlm bilik air... sejuk nyeee ya amat...

nak je aku tarik balik selimut... tidur sampai hujan berenti... ape de hal.. cuti ada lagi 18 hari..
mc pun ada lagi 18 hari tak pakaia lagi (tu la dia.. tak reti nak beringat..)

tapi mengenangkan tugas yg menunggu kat opis (ceh~ ntah bila pk pasal keje plak ntah) mengenangkan kesian kat kengkawan kena back up keje plak kang...
dengan rasa renda diri yg dah mmg rendah pun... dgn rasa berbagai rasa..
takpe la ku lembutkan hati, pegi gak keje... walau hakikat nya dlm hati menjerit-jerit, meronta-ronta...
malas!!... malas!!.. malas!!....

sampai je tempat keje... cam biasa..
cerita2 sabtu dah ahad di refresh balik ngan kawan2...
si polan... bla..bla.. bla..
aku sabtu hari tu... bla..bla..bla...
semalam aku ..bla..blaa... blaaa...
erm... aku dengan lemaunya... mata tak ubah seperti seekor garfield... letak handbag atas kerusi..
sedikit mengeluh.. sambil beristigfar...ermmm... dalam hati berkata lagi.. (ni jugak yg aku nengok betahun-tahun) setiap minggu sama je...

end~
(tetiba terus end)


Friday, February 3, 2012

Pukul Anak..

Adha - 1 Tahun 2 bulan
"nak g sekolah jugak!!"

hari ni seorang kawan share artikel ni..
so hari ni aku nak share jugak dgn yg lainnya...

klu nak pukul anak...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

  4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

ruang permainan azeezuddinAdha (1 tahun 2 bulan)

 7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”