Pages

Thursday, November 26, 2009

KLINIK UMRA, KLINIK BERSALIN SHAH ALAM

Ni bukan nak promote cuma sekadar memuji dan b'terima kasih kepada Dr. Ummul Wahiy...
aku buat D7 C mcm entry aku sblum ni..aku ader cerita pasal D&C


harga agak berpatutan la kalau compare ngan klinik swasta yang lain.. 
satu yang aku suka klinik ni ialah penerangan yang diberikan Dr. Ummul 
( klinik ni pun kakak aku yg suruh pegi).
sesetengah doktor dia takkan bgtau semua klu kita tak tanya... tp Dr. ni akan terangkan semua yang kita tak tahu...klau pujian tu aku bagi 8/10 la....cewah.. klu nak puashati pilihla Dr. Ummul.... bagi sape2 yang berminat nak pergi atau nak survey tempat tu.. ni alamat klnik tu...

KLINIK UMRA

No.18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam.
Tel: 5519 4319 / 55184319...

KAEDAH CUCI RAHIM SELEPAS KEGUGURAN - D&C

ini lah sedikit sebanyak artikel yang aku dapat dari internet mengenai D&C..
aku copy paste je artikel ni beberapa web just utk rujukan aku masa tu & kepada sape2 yg nak buat rujukan...

kaedah ERPOC
(evacuation of retained products) menggunakan sedutan yang banyak digunakan kini berbanding alat kuret yang selalu digunakan dalam proses D & C lama. Namun begitu kerana sudah biasa disebut D & C, istilahnya tetap dikekalkan biarpun kaedahnya sudah berubah.


Apakah ERPOC?


Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.

Bagaimanakah pRoseDurNya?


Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti D & C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.


Pada ketika manakah keguguran perlu menjalani ERPOC?


Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.
Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.
Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D & C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D & C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.


Adakah ERPOC menyakitkan?


Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).
Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D & C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?
Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi.
Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal.
Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D & C kerana ia jarang melibatkan luka besar.
Masalah yang direkodkan melalui kaedah ERPOC juga rendah iaitu 1.8 daripada 100,000 kes berbanding 2.8 daripada 100,000 kes melalui kedah D & C.

Benarkah alat kuret tajam?


Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam.
Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. 

Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?


Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D & C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi.
Namun di Barat, ubat seperti ini diberi kepada pesakit sebelum D & C dilakukan bagi memudahkan prosesnya.
Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.


Risiko D & C atau ERPOC?


Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya.
Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini.
Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding.
Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku.
Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC.

Bagaimanakah D & C membantu pesakit?


Sekiranya wanita mengalami endometrium polips, iaitu ketumbuhan pada dinding rahim yang menyebabkan sukar mengandung, D & C boleh digunakan sebagai satu cara untuk membuangnya. Ia sebenarnya membantu proses implantasi, bukan ovulasi.
Perlukah wanita keguguran menjalani rawatan berpantang secara tradisional?
Sebenarnya ia adalah tradisi ataupun praktis dalam masyarakat dan terpulang kepada mereka untuk mengikutinya. Jika berasa selesa dengan cara itu boleh diteruskan, tapi dalam dunia perubatan moden tiada pengesahan yang membuktikan kesahihannya.
Nasihat doktor kepada wanita yang mengalami keguguran?
Bersabar dan perlu menerimanya sebagai takdir. Sebenarnya 20 peratus daripada wanita mengandung hari ini mengalami keguguran. Dan sukar untuk menentukan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keguguran selain daripada kecacatan genetik.
Dapatkan pemeriksaan doktor pakar dan ikut nasihat yang diberikan. Pesakit perlu menjaga pemakanan dan pengambilan nutrien bagi membantu kehamilan seterusnya.
Pesakit juga perlu bersihkan fikiran, bahawa proses ERPOC yang dilakukan bukan bertujuan menggugurkan kandungan, tetapi demi kesihatan ibu dan juga fetus.
Mereka yang terdekat terutama suami perlu memberi sokongan kepada isteri, supaya dapat membina semula keyakinan mereka terhadap diri sendiri.
Bilakah waktu sesuai untuk wanita yang mengalami keguguran hamil semula?
WHO memperuntukkan tempoh tiga bulan untuk wanita berkenaan kembali sihat sepenuhnya. Namun bagi saya, ia bergantung kepada individu. Andainya wanita itu sudah berumur dan belum mempunyai anak, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama kerana kesuburan semakin menurun sejajar pertambahan usia. Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya mereka terus mengandung asalkan keadaan fizikal mengizinkan.

Wednesday, November 25, 2009

ERM.....

mood: sedih~

tadi kena g balik klinik sheela utk checkup kali kedua kat klinik sheela...
dia buat e-ultrasound.. doktor hawa cakap yang kandungan aku tak jadi..

what????

katanya lagi....


kandungan tak membesar & tak membentuk...
bak kata org tua-tua..mengandung anggur.. rumah ader tapi dlm takde

skrg mood: kecewa n sedih lagi~

Tuesday, November 10, 2009

KENA TAHAN MCM2

tahan aper ye????  org yg diawal kehamilan ni..
banyak pantang larangnya.. lagi2 anak org jawa...
itu tak leh..ini takleh..
mulut kena jaga ( tu dah mmg semua ibu2 buat)..
sememangnya...walau apa pun...
pantang larang orang tua-tua aku still amalkan dan ikut...
tak salah pun klu nak ikut.. betul tak???...(bukan kena bayar klu ikut punnn....)
tapi bila tengok tapai pulut yg mak aku buat masa ada member order hari tu...
adoiiii tak tahan nyer... sedapnyer tapai tuuuu!!!... tapi fokus balik...


anak!! anak!!! anak!!!


tak pe la... tunggu la sampai boleh mkn balik...( memujuk hati la katanya )
.........
semalam petang g pasar malam... adoiyai!! lagi satu dugaan...
orang duk longgok durian...adussss.... tolong la...
sedapnya dapat mkn durian waktu sekang ni...
bau durian yang sepoi2 tu kengkadang boleh menggugat dan menggoda halwa tekak bila kadang2 bau tu masuk kat pangkal hidung aku ni....dapat dalam seulas dua pun jadi la....
tapi kena fokus balik...

anak !!!! anak!!! anak!!!..


dan aku mula terfikir...agaknya mcm tu la dulu mak aku mengandung kan aku...
kena tahan itu..ini... kena korbankan segala-galanya utk aku...
dan sekarang aku mula terfikir...
betapa kita mmg perlu menyayangi mak kita walau apa cara sekalipun...
dan menasihatkan diri aku supaya menyayangi mak aku...
( sblum ni mmg sayang... tapi syg lebih sikit...)


bak kata org...''hanya yang mengalami sendiri yang akan mengetahui apa yg dialami oleh org lain...''
hanya jauhari mengenal manikam?... ermmm manikam kenal jauhari jugak tak agak2 nye?

Thursday, November 5, 2009

'Positive'

jam 5 ptg balik dari kerja aku tergerak hati nak pegang 'pregnancy test' yang dah 2 minggu aku beli..yg hanya di bawa ke hulur ke hilir dlm handbag...mak kata bila ada tanda2 tu kena je jaga-jaga....
so masuk bilik air...
dannnn.......
selesai buat urine test...
bila aku tengok... terbeliat mata aku 2..3.. kali...
 'positive'...???
tengok lagi sekali...
"2 line"



aku mengandung????...
percayalah...percayalah!!!! 
gosok2 mata..hidung..mulut... telinga...semua dah aku gosok... 

malam tu jugak aku ajak laki aku g klinik bersalin sheela, kat taman intan dekat2 ngan taman rashna...malam jumaat plak tu
doktor. yg b'tugas masa tu Dr. murali ( lelaki india)... disebabkan we all sampai sana kul 8.15 dan klinik tu plak tutup kul 8.30 dan masa tu hujan plak..so no choice.. murali pun murali lah...hantam saja lah labu..yg penting aku nak confirm kan betul ke test yg aku buat kat umah tadi...
so gi la reg. n masuk.... dia pun scan dan dia kata kandungan aku dah 5 minggu..

al-hamdulillah....
laki aku pun dari makan malam kat umah..on the way g klinik..sampai dah masuk kete nak balik... asyik tersengih..dan tersengih... sonok sangat la tu.. maklumlah...first baby kan..sape tak gumbira...hope janin dalam kandungan ni sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah. Insyaallah....

TANDA-TANDA HAMIL

salamz,
sape2 yang baru2 kawen atau yg dah lama kawen tu,
aku ada beberapa tips mcm mana kita nak tau kita ni termengandung... *termengandung ke???
klu korang dah rasa salah satu dari tanda2 dibawah ni..so jgn le gatai2 plak nak makan benda yg bukan2 seperti nenas, kopi, cuka, dan benda2 tajam yang lain termasuk paku, pisau dan kapak....  
so apa tanda-tanda nya..... baca ni......

TANDA-TANDA HAMIL 


1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN - (mmg biasa tak ngandung pun aku rasa gini gak~menekedarah betol aku ni~)
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA
- (x perasan plak yg ni)

Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
- (mmg betul sgt, * rasa nak tdo depan bilik air je)

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.

4. MERASA TAK BERMAYA
- (setuju~)

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA
- (mmg betul, walaupun masa tu kita check kat pregnancy test dia masih negative)

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI
- (yg ni aku tak kena)

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.


7. RASA LOYA DAN MUNTAH - (ada gak kengkadang)
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.


8. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN - (tak kena cam ni)
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.


9. “MISSED PERIOD” - (sudah tentu)
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.


Dan akhirnya..


10. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF - (yer...senyum sampai telinga)
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan 
Tahniah!..