Pages

Friday, February 26, 2010

MELAKA BANDAR BERSEJARAH

~Jumaat (26.02.2010)


kitorang dijemput oleh pengantin lelaki utk datang masa dia nikah, so dia dah sponsor satu apartment utk kitorang... so dah terlanjur ke sana..sempat la kitorang ni jln2 kat bandar melaka ni....


ni otw nak ke apartment yg dimaksudkan... melaka pun jamed gak eekk..ingat kat klang jer...
kitorang bertolak dr R&R Seremban pukul 3ptg., sampai sana pukul 4.30ptg. 


perjalanan diteruskan hingga lah sampai tempat yang dituju iaitu Hotel Bidara Puteri. 
Hotel ni betul2 depan dengan pantai puteri. dlm 1/2 jam la perjalanan nak ke melaka town, 




sebenarnya pantai ni mlm 'hidup' gak bb banyak 'mapley'2 n tempat lepak pun syok,kebetulan masa kitorang stay tu ada perlawanan memancing anjuran berita harian. GP Joran. mmg ramai la yg buka khemah segala bagai. wondering gak nape ramai sgt org bekhemah kat tepi pantai ni.


~sabtu (27.02.2010)




kitorang g bandar hilir, biasa la, lagak seperti pelancong..harus ler...bukan pe sbb dah lama giler tak g melaka, banyak jugak dah berubah, mcm2 ada.tak lupa jugak asam pedas melaka, kedai tu mmg terbaik la pernah aku g kat melaka ni, bukan aper, makanan cepat smpai dikala perut betul2 tengah memerlukan sepinggan nasi. tq kak Mah. ehehhee3


~sabtu mlm ahad 




ni la majlis pentingnya.....majlis pernikahan dan majlis persandingan member kitorang nazri & lydia. tahniah!!! pas nikah dorang ni terus disandingkan mlm tu jugak..tradisi melaka... aku suker nengok benda yg ada atas kepala lydia tu...cukup tradisi~ pasangan yg sama cantik sama padan. terima kasih bawa kami ke melaka..


kelihatan disitu..pengantin lelaki tak sabar nak tido... hahahhaa3

Wednesday, February 24, 2010

GUA TEMPURUNG

Di dalam kesibukan org cina sambut raya cina, aku dan teman2 seperjuangan g wat trip g masuk gua tempurung. bertolak dr klang pukul 7.30 pagi. 


otw g tu jem leh tahan gak aarr.... biasak aaa...raya kan?...


berkat kesabaran maka sampai lah kami di tempat kejadian jam 10.30 pg. jam 11.00pg kami pun memulakan perjalanan menjelajah ke dalam gua tempurung.


 GT bermaksud Gua Tempurung laa... dah GT juga bermaksud...."Grand Tour" : iaitu laluan yang paling mencabar.(tak agak-agak nak amik yg mencabar terus, riak dowh~ balik nak citer kat ketua kg lagi....)
ni masih tangga biasa2 je...
muka pun suci lagiiii......


dan....


maka bermulalah segala kepenatan bercampur kesulitan, kesusahan dan kesemputan dan kesakitan badan2...


jeng..jeng jeng...  turun batu yg licin (ada beberapa batu yg kita kena turuni..batu yg last tu yg paling mencabar sebab bayang ar tak guna apa2 tali nak turun tu, tali pun takde....dasyat bukan??? 




kecuali guna tangan dan kasut yg ada, klu tgn besar...senang sikit arr...








perjalanan diteruskan, terpaksa membongkok, merentasi air(gambar takde sebab kamera kena bungkus plastik) air kat dlm gua ni sejuk sgt..waktu merentasi air tu kita mmg tak boleh bangun atau membongkok sebab paras antara batu dan air tu rendah,mmg ada ruang utk kepala je.




~perkara wajib melakarkan gambar berdua.... hehehe~

akhirnya nampak gak cahay matahari, tapi ni belum habis lagi ni baru separuh perjalan sebenarnya. bagi can para lelaki2 ni hisap okok dulu.. huh pencemaran udara betulll~



ni gambar salah satu lubang keluar yg kecik betul2 sorang je boleh masuk..lubang ni manandakan yg kita dah nak sampai keluar dr gua ni.... sib baik kwn aku size XXL leh lepas....seriau gak beb...takde laluan lain nak kuar....


yg pegang torchlight tu ar tourist guard kitorang... dia ni lagi steady..pakai selipar jepun je... turun bukit yg b'batu2 licin yg curam pun cam takde perasaan je..tau ar dah expert bro~


akhirnya kami pun selamat keluar.gambar ni adalah gambar laluan keluar. akhirnya kami dapat keluar lebih kurang jam 3.00ptg. alhamdulillah

Tuesday, February 23, 2010

TASIK MAKAM ANAK DARA, KUALA SELANGOR

Selasa.
Ambik Cuti rehat sehari sebab ada urusan tanah di Kuala selangor. 
pastu Aku balik kg jumpa nenek jap kat tg. karang.. so planning ngan pakcik nak gi mancing ikan puyu ...maklumlah dah alang-alang cuti, joran yg sentiasa ada dlm but keta pun dah lama tak guna, citer punyer citer sudahnya keputusan dapat diputuskan dan akhirnya pakcik aku yg mmg kaki pancing ajak p port baru iaitu Tasik Makam anak dara. jeng..jeng..jeng....

boleh mancing ke kat sana???

Seriau gak memula mancing kat situ sebab org kat kawasan situ tak de sorang pun yg mancing, mcm de pape je ni....



aku tengok pakcik n the geng takde rasa pape pun, so aku pun pe lagi, mancing dan mancing la sebab ikan kat situ pun mmg banyak dan sangat mesra rakyat. mcm ada pape jugak je ni..


acara pun bermula.....


gaya seorang taiko...
cukup bergaya pergi memancing...

~semakin seronok nampaknya mak ku dan pakcik2 sekalian...
mmg gerek ar mak aku....
pakai camtu pun leh dpt banyak ikan....

tidak ketinggalan.. aku pun....
talapia batik ni
(sukahati aku je bg nama ni....)
dan ni la hasilnyaaa......



cukup untuk seminggu ni.... (mcm sehari dah habes je ni)


mancing tetap diteruskan ...dan.. hasilnya ikan yg banyak aku dapat ialah ikan talapia n ikan flower horn.

cukup bergaya kan ikan ni..... terbaekkkk...



klau sape-sape nak tau diatas bukit (dlm gambar) tu la letaknya makam anak dara. aku pun baru tau ada tempat sejarah kat sini (sungguh tak patut aku ni). So pada hari tu aku pun dapat sedikit sebanyak tentang kisah disebalik tempat bersejarah yg memberi aku rezeki untuk makan pada malam tu.




ni sedikit sejarah tempat ni..


Keramat Anak Dara - google je


Keramat Anak Dara atau Keramat Rubiah Terletak dihujung jalan ke Tanjung Keramat kira-kira sebatu dari bandar Kuala Selangor.Berada di atas bukit keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina.


Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ.


tu la cerita nya...
sama mcm pakcik aku cerita kat aku...


*hanya org tertentu je dibagi mancing kat cni tau~