Pages

Wednesday, April 13, 2011

Kalau Tuhan Baik, Nape Buat Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"


Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Nota Kaki: degill!!

Kod Plastik

klik gambar utk tumbesaran



1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa digunakan untuk botol plastik yang jernih/transparent/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan kod 1 dan kod 2 disyorkan hanya untuk sekali guna sahaja. Di bawah botol, angka 1 di paparkan di tengah-tengahnya segi tiga serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawahnya. Plastik jenis ini jangan digunakan untuk mengisi air panas kerana ia akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Buang botol yang sudah lama atau terlihat calar-calar walaupun belum dibuka. Oleh itu, botol plastik air mineral sebaik-baiknya jangan digunakan berulang-ulang kerana botol kod 1 cuma layak digunakan 1x sahaja.


Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
  
2. HDPE (high density polyethylene) biasa digunakan untuk botol yang berwarna putih susu, tupperware, bekas galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Di bawah botol tertera angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara bekas plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang terkandung di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Walau bagaimanapun, seperti PET, HDPE juga disyorkan HANYA UNTUK SEKALI GUNA kerana pelepasan reaksi antimoni trioksida terus 
meningkat mengikut masa.


Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya



3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah jenis plastik yang dibuat plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol minuman lain. Di bawah botol ini terpapar segi tiga (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V di bawah segi tiga tersebut. V itu berarti PVC (polyvinyl chloride). 


PVC ini berbahaya untuk kesihatan kerana PVC yang mudah bocor ini mengandung DEHA yang dapat bertindak balas dengan makanan yang bersentuhan langsung dengannya, terutamanya makanan berminyak yang masih panas, kerana DEHA mudah larut pada 15 darjah Celsius. Tindak balas antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan penurunan berat badan. Jika boleh, hindari penggunaan plastik jenis ini sebaliknya gunakan alternatif pembungkus makanan lain seperti plastik yang diperbuat daripada polietilena atau bahan semula jadi lain, misalnya daun pisang, dll. 

 4. LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembik. DPE (low density polyethylene) iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat daripada minyak bumi). Di bawah barangan plastik in tertera kod 4 di tengah-tengahnya dan tulisan LDPE di bawah segi tiga logo tersebut. Sifat plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah Celsius, ia sangat tahan terhadap tindak balas kimia, daya tahannya terhadap wap air adalah baik, tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. Plastik jenis ini sukar dihancurkan tapi dapat dikitar semula dan baik untuk digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.

Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut. 

5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama yang berhubung dengan makanan dan minuman, seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang terpenting botol susu untuk bayi. Bahan plastik ini biasanya terdiri daripada botol transparent/tembus cahaya yang tidak jernih atau legap. Bila membeli barang berbahan plastik cari bekas plastik yang berkod 5 di tengah-tengahnya serta tulisan PP di bawah segi tiga logo kerana ia dianggap plastik yang selamat digunakan.


Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.



6. PS (polystyrene) biasa digunakan sebagai bahan bagi bekas makanan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Di bawah bekas plastik tertera kod 6 di tengah-tengah dan tulisan PS di bawah segi tiga logo. PS (polystyrene) ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang Jerman, secara tidak sengaja. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain bekas makanan, styrene juga terdapat pada asap rokok, asap kenderaan dan bahan binaan bangunan. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan styrene ini perlu dihindari kerana ia berbahaya untuk kesihatan otak dan sistem saraf, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah kesuburan dan pertumbuhan, serta bahan ini sukar dikitar semula secara jadi. Kalau boleh pun, ia memerlukan masa yang panjang dan lama untuk proses kitar semula. Kalau dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga, dan meninggalkan jelaga. Banyak negara maju sudah melarang penggunaan bekas makanan diperbuat daripada styrofoam yang berbahaya ini.





7. Other (biasanya polycarbonate) terdapat pada bekas makanan dan minuman, seperti botol minum para olahraga, bahan plastik peralatan kenderaan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik lain. Plastik jenis ini juga terdapat pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. Di bawah bekas plastik ini tertera kod 7 di tengah-tengah dan tulisan Other di bawah segi tiga logonya.
Untuk plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu PC – polycarbonate, SAN – styrene acrylonitrile, ABS – acrylonitrile butadiene styrene, dan Nylon.
Penggunaan Polycarbonate ini perlu dihindari kerana ia boleh mengeluarkan Bisphenol-A, iaitu bahan utamanya, ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom, penurunan pengeluaran sperma, dan mengubah fungsi imuniti badan. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam bekas makanan ataupun minuman, kerana kedua-dua bahan ini memiliki ketahanan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan dan tahap kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN digunakan untuk membuat mangkuk mixer, pembungkus termos dan botol susu yang mengalami proses pemanasan, yang kononnya melakukan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Secara amnya, botol atau bekas pelastik berkod 4 dan 5 adalah selamat digunakan.
KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-Ayang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama



Nota Tambahan: Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. BahanBisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.



so cara yg aku n kwn2 buat sekarang..... kalau nak makan kat luar....atau bungkus pape makanan.....bawak la tupperware ... kami dah start..anda bila lagi???




Saturday, April 9, 2011

Syukur Alhamdulillah

kronologi kejadian

si isteri sedang nyenyak tidur..
tiba-tiba dikejutkan dengan dengusan yg kuat...
geselan tayar dengan tanah pembahagi jalan...
si isteri terkejut dan tersedar dari tidur....
kereta pergi ke kiri....ke bahu jalan.. (kereta ungu-gambaran)
beberapa meter dari depan kereta ada tiang elektrik..
dan gerai jual kerepek...

si suami yg juga baru tersedar dari terlelap...
panik..
lantas memusingkan stering 360 darjah...
kereta terpusing ke kanan...
masuk ke laluan bertentangan...
si isteri... memeluk erat anak yg sedang nyenyak di pangkuan...
si isteri terus menjerit ketakutan...menyebut nama Allah.... memanggil nama si suami...
kereta terpusing tajam...
seperti mahu terbalik.....

kereta dari arah bertentangan mengelak kereta kejadian... (kereta hijau - gambaran)
isteri mula ketakutan...
beristigfar..
menoleh ke belakang..
syukur tiada apa-apa kenderaan pd masa itu..
kalau la ada lori laju dari arah bertentangan...
dah tentu kami akan terpampang di dada akhbar keesokan harinya...

syukur alhamdulillah...
kami masih selamat..
beberapa minit kemudian...
kerata dari arah yg sama dan arah bertentang mulai muncul..
dan semakin banyak.... (kereta berwana biru)
syukur bukan dlm waktu kejadian....

sgt2 bersyukur...

Syukur Alhamdulillah...
masih diberi peluang utk hidup dan diberi masa utk menambah amalan yg ada....

pada malamnya...
si suami dan si isteri tidak dpt melelapkan mata...
terkenang kejadian yg menimpa pada siangnya...

nota kaki: jika ingin melakukan pemanduan yg jauh.. pastikan pemandu tidak mengantuk!!

Friday, April 8, 2011

Salah ke Pempuan Tak Pandai Masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.


Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.


Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.


Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.


Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.


Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.


Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.


Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.


Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.


Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.


Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.


Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?


Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.


Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.


Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.


Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Nota Kaki: aku pandai masak erkkk...cuma jarang2 jer... hikhikhik

Kenali Diri mengikut Hari Kelahiran

mari kita sama2 tengok perangi kita mengikut hari kita lahir....
ermmm... mcm ader yg betul... tapi ader gak yg tak betul..
jom share~
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Nota kaki: Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. 

Thursday, April 7, 2011

Mana Lebih Penting?

Tetiba hari ni aku rasa sgt sukeeeeee nak cerita pasal Fardu ain dan Fardu Kifayah...
sape tau jawab...sila ke depan dan angkat tgn...

Persamaan Fardu Ain dan fardu Kifayah 
Setiap Perbuatan dan perkataan yang disukai oleh Allah dilakukan mendapat pahal....
ok jelas di situ ye...
Baiklah kita lihat pula perbezaan nya....

Fardu Ain
- Ibadah Khusus
- Tuntutannya WAJIB  ketas setiap umat islam
- Intipatinya Terkandung dalam Rukun Islam....

Fardu Kifayah
- Ibadah Umum
- Tuntuannya Terlepas apabila di kawasannya ada muslim yang melakukannya.
- Difardukan keatas seluruh umat islam dengan tujuan untuk menegakkan agama islam seperti 
menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, sempurnakan jenazah dan menegakkan kepada 
amar ma'ruf nahi mungkar....

tu la serba sedikit tentang perbezaan 2 fardu ini...
tu sikit je....Nak lebih faham sila ke klik sini

Nota Kaki... Kerja itu adalah Wajib... dan menzirah org meninggal adalah Sunat...

kurang ajar kah yg muda menasihati yg tua??
atau kurang ajarkah yg tua menganiaya yg muda???

bagaimana pula....datang pergi kerja, punch kad.... pastu duduk surau mengaji sampai ptg....
 fikir2 kan bersama...

Wednesday, April 6, 2011

AL-Kesahhhhh~

Kisah 1
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Kisah 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Kisah 3
Tiga orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Kisah 4
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu:
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Kisah 5
Seorang posmen yang datang menghantar surat ...
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Kisah 6
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Kisah 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Kisah 8
Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."

Kisah 9
Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi, kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi..
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Kisah 10
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!

Kisah 11
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa .
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

nota kaki: anak dah sihat...al-hamdulillah....aku selsema plak~ xpe la!!