Pages

Tuesday, February 23, 2010

TASIK MAKAM ANAK DARA, KUALA SELANGOR

Selasa.
Ambik Cuti rehat sehari sebab ada urusan tanah di Kuala selangor. 
pastu Aku balik kg jumpa nenek jap kat tg. karang.. so planning ngan pakcik nak gi mancing ikan puyu ...maklumlah dah alang-alang cuti, joran yg sentiasa ada dlm but keta pun dah lama tak guna, citer punyer citer sudahnya keputusan dapat diputuskan dan akhirnya pakcik aku yg mmg kaki pancing ajak p port baru iaitu Tasik Makam anak dara. jeng..jeng..jeng....

boleh mancing ke kat sana???

Seriau gak memula mancing kat situ sebab org kat kawasan situ tak de sorang pun yg mancing, mcm de pape je ni....



aku tengok pakcik n the geng takde rasa pape pun, so aku pun pe lagi, mancing dan mancing la sebab ikan kat situ pun mmg banyak dan sangat mesra rakyat. mcm ada pape jugak je ni..


acara pun bermula.....


gaya seorang taiko...
cukup bergaya pergi memancing...

~semakin seronok nampaknya mak ku dan pakcik2 sekalian...
mmg gerek ar mak aku....
pakai camtu pun leh dpt banyak ikan....

tidak ketinggalan.. aku pun....
talapia batik ni
(sukahati aku je bg nama ni....)
dan ni la hasilnyaaa......



cukup untuk seminggu ni.... (mcm sehari dah habes je ni)


mancing tetap diteruskan ...dan.. hasilnya ikan yg banyak aku dapat ialah ikan talapia n ikan flower horn.

cukup bergaya kan ikan ni..... terbaekkkk...



klau sape-sape nak tau diatas bukit (dlm gambar) tu la letaknya makam anak dara. aku pun baru tau ada tempat sejarah kat sini (sungguh tak patut aku ni). So pada hari tu aku pun dapat sedikit sebanyak tentang kisah disebalik tempat bersejarah yg memberi aku rezeki untuk makan pada malam tu.




ni sedikit sejarah tempat ni..


Keramat Anak Dara - google je


Keramat Anak Dara atau Keramat Rubiah Terletak dihujung jalan ke Tanjung Keramat kira-kira sebatu dari bandar Kuala Selangor.Berada di atas bukit keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina.


Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ.


tu la cerita nya...
sama mcm pakcik aku cerita kat aku...


*hanya org tertentu je dibagi mancing kat cni tau~

1 comment:

Unknown said...

kesudahan nya bagai mana,,, menjadi tarikan pada saya,, untuk ketahui kisah selanjutnya,, n menjadi destinasi seterusnya untuk saya kunjungi,, tetap akan sya kunjungi,,,!!!